Sabtu, 10 Mei 2008

FASAL 1NAMAPertubuhan ini dikenali dengan nama Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu atau UMNO (United Malays National Organisation)



FASAL 2COGANKATA UMNO IALAH:-BERSATU - BERSETIA - BERKHIDMAT



FASAL 3ASAS DAN TUJUANUMNO adalah sebuah parti politik yang berjuang mendukung cita-cita kebangsaan Melayu demi mengekalkan maruh dan martabat bangsa, agama dan negara.

3.1
Mempertahankan kemerdekaan dan kedaulatan negara.

3.2
Mendukung dan mempertahankan Perlembagaan Negara, Perlembagaan Negeri-negeri dan Raja Berpelembagaan.

3.3
Menegak, mempertahan dan mengembangkan Islam, agama rasmi negara serta menghormati prinsip kebangsaan beragama.

3.4
Mempertahankan kedaulatan rakyat dan keadilan sosial dengan mengamalkan Sistem Pemerintahan Demokrasi Berparlimen serta memajukan ekonomi rakyat Melayu dan Bumiputera khasnya dan rakyat Malaysia amnya.

3.5
Menjamin kedudukan Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu) sebagai bahasa rasmi yang tunggal dan Kebudayaan Kebangsaan yang berteraskan Kebudayaan Melayu.

3.6
Mewujudkan kerjasama antara kaum bagi melahirkan satu bangsa Malaysia yang kuat dan bersatu berasaskan kepada hak-hak Asasi Manusia dan Hak-Hak Istimewa Orang Melayu dan Bumiputera.



FASAL 4JENIS AHLI

4.1
Ahli-ahli UMNO adalah dua jenis:


4.1.1
Ahli Biasa
4.1.2
Ahli Bergabung

4.2
Ahli Biasa ialah Warganegara Malaysia yang berbangsa Melayu atau Bumiputera yang berusia 18 tahun keatas.

4.3
Ahli Bergabung ialah sebuah pertubuhan politik yang bersetuju berkerjasama dengan UMNO dan menerima syarat-syarat yang ditetapkan oleh Majlis Tertinggi.



FASAL 5PENDAFTARAN KEAHLIAN

5.1
Tiap-tiap orang Melayu dan Bumiputera berhak mendaftar diri sebagai ahli UMNO mengikut Perlembagaan dan peraturannya.

5.2
Permohonan mendaftar sebagai ahli biasa hendaklah dikemukaan kepada Jawatankuasa Cawangan yang dikehendaki menerima dan meluluskan permohonan tersebut.

5.3
Borang pendaftaran menjadi ahli hendaklah ditandatangani oleh pemohon dan seorang pencadang dari ahli daripada Cawangan di mana ia memohon menjadi dan hendaklah disertakan dengan bayaran wang pendaftaran dan yuran mengikut Fasal 25.1.

5.4
Jika pemohon tidak didaftar sebagai ahli dalam satu bulan, ia boleh melapor hal ini kepada Jawatankuasa Bahagian dan Jawatankuasa Bahagian mesti mengarah Jawatankuasa Cawangan mendaftar pemohon tersebut sebagai ahli.

5.5
Jika Jawatankuasa Bahagian tidak melaksanakan mengikut Fasal 5.4 atau Jawatankuasa Cawangan masih enggan mematuhi arahan Jawatankuasa Bahagian, pemohon boleh dalam satu bulan, melapor kepada Majlis Tertinggi yang selepas menimbang apa-apa bantahan di bawah Fasal 5.6, jika ada, mengarah Jawatankuasa Cawangan mendaftar pemohon itu sebagai ahli.

5.6
Mana-mana ahli boleh melapor kepada Majlis Tertinggi atas mana-mana pemohon yang difikirkan tidak layak menjadi ahli serta memberi sebab-sebabnya.

5.7
Majlis Tertinggi berhak membuat apa-apa keputusan atas mana-mana permohonan pendaftaran keahlian atau taraf sesuatu pendaftaran itu (termasuk menarik balik pendaftaran) dan keputusan itu adalah muktamad.

5.8
Pertubuhan yang hendak menjadi Ahli Bergabung hendaklah menghantar permohonannya dengan bertulis yang ditandatangani oleh Yang Dipertua dan Setiausaha kepada Setiausaha Agung UMNO.

5.9
Majlis Tertinggi UMNO berkuasa menetapkan borang permohonan wang pendaftaran dan yuran ahli.



FASAL 6TANGGUNGJAWAB DAN HAK AHLI

6.1
Tiap-tiap ahli mempunyai tanggungjawab seperti berikut:


6.1.1
Memegang teguh dasar parti dan melaksanakan tujuan-tujuannya.
6.1.2
Mendaftar diri sebagai pengundi dan mengundi di setiap pilihan raya, melainkan atas sebab-sebab yang boleh diterima oleh Majlis Tertinggi.
6.1.3
Menghadiri mesyuarat-mesyuarat dan mengambil bahagian dalam kegiatan-kegiatan parti.
6.1.4
Menjalankan kerja-kerja parti dan mematuhi tataetika, perintah-perintah dan disiplin parti.
6.1.5
Menyokong calon-calon parti yang bertanding dalam pilihan raya.
6.1.6
Berkhidmat kepada orang ramai.
6.1.7
Bersedia dan sanggup menentang musuh-musuh negara.

6.2
Tiap-tiap ahli mempunyai hak-hak yang berikut:


6.2.1
Bercakap dan mengemukakan pendapat-pendapat dan mengundi di dalam mesyuarat-mesyuarat parti.
6.2.2
Memilih, dipilih dan dilantik untuk sebarang jawatan di dalam parti.
6.2.3
Mengambil bahagian dalam pilihan raya dan menerima lantikan parti sebagai seorang calon.
6.2.4
Ahli-ahli yang sedang di dalam cadangan atau dipecat tidaklah hilang hak keahlinnya.
6.2.5
Ahli-ahli yang tidak menjadi wakil ke mesyuarat Perwakilan Bahagian atau Perhimpunan Agung boleh dicalonkan dan bertanding di peringkat yang berkenaan sekiranya memenuhi syarat di bawah Fasal 9.5 dan Fasal 15.5.
6.2.6
Ahli-ahli yang tidak hadir di Persidangan Cawangan boleh dicalonkan dan bertanding sebarang jawatan atau sebagai wakil ke Perwakilan Bahagian dengan menyatakan persetujuannya secara bertulis.

6.3
Seseorang ahli itu tidak berhak


6.3.1
Menjadi ahli lebih daripada satu Cawangan.
6.3.2
Mewakilkan hak mengundinya kepada sesiapa jua pun.
6.3.3
Menggunakan haknya di bawah Fasal 6.2 sekiranya ia tidak menjelaskan yuran mengikut peruntukan dalam Perlembagaan.
6.3.4
Menggunakan haknya di bawah Fasal 6.2 jika dilarang di bawah akta Pertubuhan 1966 atau setakat mana ia dikenakan hukuman disiplin di bawah Fasal 20.9 dan 20.10.
6.3.5
Menjadi Pengerusi Tetap, Timbalan Pengerusi Tetap, Pemeriksa Kira-Kira atau Ahli Jawatankauasa lebih daripada satu Cawangan atau Bahagian melainkan dengan kebenaran bertulis daripada Majlis Tertinggi.
6.3.6
Menjadi Ahli Jawatankuasa di peringkat yang sama di mana ia telah dipilih menjadi Pengerusi Tetap, Timbalan Pengerusi Tetap atau Pemeriksa Kira-kira dan sebaliknya.
6.3.7
Mengambil bahagian bercakap, mengundi, memilih dan dipilih dalam Persidangan Cawangan dan Perwakilan Bahagian selain daripada Cawangan dan Bahagian di mana ia menjadi ahli.
6.3.8
Mengambil bahagian bercakap, mengundi, memilih dan dipilih dalam mana-mana Cawangan atau Bahagian baru yang dimasukinya, kiranya ahli telah menggunakan haknya itu dalam Cawangan atau Bahagian asalnya bagi tahun berkenaan.


FASAL 7SUSUNAN DAN PENTADBIRAN UMNO

7.1
Bentuk susunan parti dan pembahagian kuasa adalah seperti berikut:


7.1.1
PUSAT-Perhimpunan Agung atau waktu ketiadaannya Majlis Tertinggi.
7.1.2
PERHUBUNGAN-Badan Perhubungan Negeri dan Wilayah Persekutuan.
7.1.3
BAHAGIAN-Perwakilan Bahagian atau ketiadaannya Jawatankuasa Bahagian.
7.1.4
CAWANGAN-Persidangan Cawangan atau waktu ketiadaannya Jawatankuasa Cawangan.


FASAL 8PERHIMPUNAN AGUNG

8.1
Perhimpunan Agung adalah kuasa tertinggi parti dan perjalanan parti adalah berasaskan kepada kuasa dan perintahnya tertakluk kepada Perlembagaan dan juga Peraturan UMNO.

8.2
Perhimpunan Agung Tahunan hendaklah diadakan sekali dalam setahun pada bila-bila masa yang ditetapkan oleh Majlis Tertinggi dengan syarat tidak lewat daripada 18 bulan dari tarikh Perhimpunan Agung yang lalu.

8.3
Tugas-tugas Perhimpunan Agung Tahunan ialah:


8.3.1
Menentukan dasar-dasar parti.
8.3.2
Mengkaji kerja-kerja Majlis Tertinggi.
8.3.3
Tertakluk kepada Fasal 9.3 memilih Ahli-ahli Majlis Tertinggi.
8.3.4
Memilih Pengerusi Tetap, Timbalan Pengerusi Tetap dan melantik Juruaudit untuk tempoh Majlis Tertinggi.

8.4
Perhimpunan Agung Tahunan hendaklah terdiri daripada:-


8.4.1
Pengerusi Tetap dan Timbalan Pengerusi Tetap.
8.4.2
Ahli-ahli Majlis Tertinggi.
8.4.3
Wakil yang dipilih oleh Perwakilan Tahunan Bahagian sebanyak seorang wakil bagi tiap-tiap lima ratus orang ahli yang telah menjelaskan yuran dengan syarat bilangan wakil-wakil itu tdak lebih daripada tujuh orang dari satu Bahagian termasuk Bahagian yang Jawatankuasanya sedang digantung jika Bahagian itu boleh mengadakan Perwakilan Bahagian dengan sempurna.
8.4.4
Ketua, Timbalan Ketua, Naib Ketua, Ketua Pergerakan Pemuda, Ketua Pergerakan Wanita dan Ketua Pergerakan Puteri Bahagian yang telah mengadakan Perwakilan Bahagiannya dan telah menjelaskan yuran mengikut peruntukan dalam Perlembagaan. Mereka di atas yang menjadi Ahli Majlis Tertinggi berhak melantik gantinya yang terdiri daripada Pengerusi Tetap atau Ahli Jawatankuasa Bahagian.
8.4.5
Tidak lebih daripada sepuluh orang wakil Pergerakan Pemuda, sepuluh orang wakil Pergerakan Wanita dan sepuluh orang wakil Pergerakan Puteri yang dipilih oleh Perhimpunan Agung Pergerakan masing-masing.

8.5
Perhimpunan Agung Khas hendaklah diadakan apabila dikehendaki oleh salah satu daripada tiga permintaan yang berikut:


8.5.1
Dengan kehendak Presiden.
8.5.2
Dengan permintaan bertulis dari pada dua pertiga Ahli-ahli Majlis Tertinggi.
8.5.3
Dengan permintaan bertulis oleh sekurang-kurangnya satu perdua daripada jumlah semua Bahagian itu telah mengadakan mesyuarat Perwakilan Khas atas masalah yang sama.

8.6
Mengikut Fasal 8.5.3 di atas Setiausaha Agung hendaklah memanggil Perhimpunan Agung Khas itu. Jika Setiausaha Agung tidak berbuat demikian dalam tempoh empat belas hari selepas tarikh permohonan daripada Bahagian yang terakhir itu diterima maka Perhimpunan Agung Khas itu hendaklah dipanggil oleh Pengerusi Tetap atau Timbalannya dan jika Pengerusi Tetap dan Timbalannya tidak berbuat demikian dalam tempoh dua puluh lapan hari daripada tarikh permohonan asal diterima maka Bahagian-bahagian yang memohon diadakan Perhimpunan Agung Khas itu boleh memanggil Perhimpunan Agung Khas tersebut dengan syarat semua ahli Perwakilan dijemput hadir melalui bahagian.



FASAL 9MAJLIS TERTINGGI

9.1
Majlis Tertinggi adalah menjadi badan yang menjalankan pentadbiran hal-ehwal UMNO di bawah kekuasaan dan perintah Perhimpunan Agung dan Majlis Tertinggi adalah berkuasa menjalankan sebarang langkah bagi pihak Perhimpunan Agung pada masa ketiadaannya tetapi segala langkahnya itu hendaklah dimaklumkan kepada Perhimpunan Agung.

9.2
Majlis Tertinggi hendaklah terdiri daripada:


9.2.1
Presiden.
9.2.2
Timbalan Presiden.
9.2.3
Enam orang Naib Presiden termasuk Ketua Pergerakan Pemuda, Wanita dan Puteri.
9.2.4
Setiausaha Agung.
9.2.5
Bendahari.
9.2.6
Ketua Penerangan.
9.2.7
Tidak lebih daripada dua puluh lima orang yang dipilih oleh Perhimpunan Agung.
9.2.8
Tidak lebih daripada dua belas orang yang dilantik oleh Presiden termasuk sekurang-kurangnya seorang dari Pergerakan Pemuda, seorang dari Pergerakan Wanita dan seorang dari Pergerakan Puteri



9.3
Presiden, Timbalan Presiden, tiga orang Naib Presiden dan dua puluh lima orang Ahli Majlis Tertinggi yang dipilih oleh Perhimpunan Agung tiap-tiap 3 tahun sekali.

9.4
Ketua dan Naib Ketua Pemuda, Ketua dan Naib Ketua Wanita, Ketua dan Naib Ketua Puteri hendaklah dipilih oleh Perhimpunan Agung tiap-tiap 3 tahun sekali. Ketua Pemuda, Ketua Wanita dan Ketua Pergerakan Puteri mempunyai hak-hak dan kuasa-kuasa Naib Presiden.

9.5
Calon-calon yang bertanding untuk memegang jawatan Majlis Tertinggi hendaklah dinamakan oleh sekurang-kurangnya:


a)
Presiden - 30%
b)
Timbalan Presiden - 20%
c)
Naib Presiden - 10%
d)
Ahli-ahli Majlis Tertinggi - 5%
daripada jumlah bahagian yang sah mengikut Fasal 14.5.4

9.6
Setiausaha Agung, Bendahari dan Ketua Penerangan dilantik oleh Presiden dan memegang jawatan mereka selama tempoh Majlis Tertinggi kecuali mereka berhenti atau diberhentikan

9.7
Pegawai-pegawai UMNO ialah:


9.7.1
Presiden
9.7.2
Timbalan Presiden
9.7.3
Enam (6) orang Naib Presiden
9.7.4
Setiausaha Agung
9.7.5
Bendahari
9.7.6
Ketua Penerangan

9.8
Tugas-tugas pegawai dalam Majlis Tertinggi:


9.8.1
Presiden

9.8.1.1
Menjadi pemimpin utama dan bertanggungjawab menjaga kesempurnaan perjalanan parti.
9.8.1.2
Melantik Setiausaha Agung, Bendahari dan Ketua Penerangan dan Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Perhubungan Negeri Wilayah Persekutuan.
9.8.1.3
Memanggil dan mempengerusikan sidang Majlis Tertinggi.
9.8.1.4
Melantik tidak lebih daripada dua belas orang Ahli Majlis Tertinggi mengikut Fasal 9.2.8.
9.8.2
Timbalan Presiden

9.8.2.1
Membantu tugas-tugas Presiden.
9.8.2.2
Mempengerusikan sidang-sidang Majlis Tertinggi semasa ketiadaan Presiden.
9.8.3
Naib-Naib Presiden

9.8.3.1
Membantu tugas-tugas Presiden.
9.8.3.2
Mempengerusikan sidang-sidang Majlis Tertinggi apabila Presiden dan Timbalan Presiden tidak hadir.
9.8.4
Setiausaha Agung

9.8.4.1
Bertanggungjawab kepada Presiden.
9.8.4.2
Bertanggungjawab atas kesempurnaan sidang-sidang Majlis Tertinggi dan Perhimpunan Agung.
9.8.4.3
Menyediakan Penyata Tahunan yang menerangkan perkerjaan dan kemajuan parti dalam masa setahun kepada Majlis Tertinggi.
9.8.5
Bendahari

9.8.5.1
Bertanggungjawab atas kesempurnaan perjalanan kewangan Ibu Pejabat.
9.8.5.2
Menyediakan Penyata Kira-Kira Kewangan untuk diperiksa oleh Pemeriksa Kira-Kira yang dilantik oleh Perhimpunan Agung.
9.8.5.3
Menyediakan anggaran pendapatan dan perbelanjaan tahunan kepada Majlis Tertinggi.
9.8.5.4
Membentangkan Penyata dan butir kira-kira yang diperiksa dan disahkan oleh Pemeriksa Kira-Kira kepada Majlis Tertinggi.
9.8.5.5
Memaklumkan kepada Majlis Tertinggi kedudukan harta benda milik UMNO dan Pemegang Amanah sekurang-kurangnya sekali setahun.
9.8.6
Ketua Pergerakan Pemuda, Ketua Pergerakan Wanita dan Ketua Pergerakan Puteri:

9.8.6.1
Tugas-tugas Ketua Pergerakan Pemuda, Wanita dan Puteri ditetapkan oleh peraturannya masing-masing selain daripada tugasnya mengikut Fasal 9.8.3.
9.8.7
Ketua Penerangan

9.8.7.1
Bertanggungjawab atas kesempurnaan kegiatan penerangan dan melaporkannya kepada Majlis Tertinggi
9.8.7.2
Mentadbir Jabatan Penerangan di Ibu Pejabat dan menyusun kerja pegawai-pegawai di dalam Jabatan itu

9.9
Jika Presiden berhenti maka Timbalan Presiden hendaklah memangku jawatan itu sehingga diadakan Perhimpunan Agung untuk memilih Presiden baru mengikut Fasal 9.3 dan ia mempunyai kuatkuasa mengikut Fasal 9.8.1.

9.10
Jika Pemangku Presiden berhenti, Majlis Tertinggi hendaklah memilih salah seorang daripada Naib Presiden memangku jawatan itu sehingga diadakan Perhimpunan Agung memilih Presiden baru mengikut Fasal 9.3 dan ia mempunyai kuatkuasa mengikut Fasal 9.8.1.

9.11
Jika semua Ahli Majlis Tertinggi berhenti serentak maka Pengerusi Tetap atau Timbalannya hendaklah dalam tempoh tidak lebih daripada enam puluh hari mengadakan Perhimpunan Agung Khas bagi menubuhkan semula Majlis Tertinggi dan Perhimpunan Agung itu hendaklah menetapkan tempoh perkhidmatan Majlis Tertinggi yang baru ditubuhkan itu..

9.12
Jawatan Ahli-ahli Majlis Tertinggi termasuk Presiden dan Timbalan Presiden boleh dilucutkan atau Majlis Tertinggi dibubarkan oleh Perhimpunan Agung Khas dengan undian tidak kurang daripada dua pertiga daripada jumlah bilangan ahli yang berhak hadir.

9.13
Majlis Tertinggi hendaklah bersidang sekurang-kurangnya sekali dalam masa dua bulan, atau


9.13.1
Pada bila-bila masa yang dikehendaki oleh Presiden atau
9.13.2
Dengan permintaan bertulis oleh satu pertiga daripada Ahli-ahli Majlis Tertinggi.

9.14
Jika Setiusaha Agung tidak memanggil mesyuarat mengikut Fasal 9.13.2 dalam tempoh empat belas hari daripada tarikh permohonan itu dibuat maka ahli-ahli yang memohon boleh memanggil mesyuarat itu dengan syarat semua Ahli Majlis Tertinggi dijemput hadir.

9.15
Satu Perdua daripada bilangan Ahli Majlis Tertinggi adalah menjadi cukup bilang bagi menjalankan mesyuarat.



FASAL 10TANGGUNGJAWAB MAJLIS TERTINGGI

10.1
Menjalankan sebarang usaha bersama dengan kumpulan-kumpulan lain atas hal-hal politik atau lain-lain yang sesuai dengan tujuan-tujuan UMNO.

10.2
Menerima wang yuran tahunan yang dibayar melalui Cawangan dan Bahagian-bahagian yang dibuat mengikut Fasal 25.2 dan Fasal 26.1 dan menentukan tarikh pembayaran yuran mengikut Fasal 25.2 dan 25.3.

10.3
Memilih calon-calon bagi Pilihan Raya Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri setelah berunding dengan Badan Perhubungan bagi Negeri yang berkenaan dan Jawatankuasa Bahagian mengikut peraturan yang dibuat oleh Majlis Tertinggi.

10.4
Menunaikan segala syarat-syarat yang dikehendaki oleh Akta Pertubuhan 1966.

10.5
Membentangkan kepada Perhimpunan Agung suatu Penyata Tahunan dan Penyata Kira-Kira Tahunannya yang telah diperiksa dan disahkan oleh Pemeriksa Kira-kira.

10.6
Menghantar kepada Bahagian Penyata Tahunan berserta dengan Penyata Kira-Kira sekurang-kurangnya tujuh hari sebelum tarikh Perhimpunan Agung.

10.7
Menentukan taraf pendaftaran seseorang ahli (mengikut Fasal 5.7), menggantung atau melucutkan keahlian seseorang ahli.

10.8
Tertakluk kepada kelulusan Pendaftar Pertubuhan, menubuhkan Badan Perhubungan, Bahagian dan Cawangan-cawangan dan menentukan perjalanannya dan boleh menggantung atau membubarkan Badan Perhubungan, Bahagian, Cawangan itu dan/atau Jawatankuasa masing-masing serta menentukan penubuhan semula dan/atau pemilihan Jawatankuasa yang digantung atau dibubarkan itu.

10.9
Dengan persetujuan dua pertiga daripada bilangan Ahli Majlis Tertinggi, berhak menolak semua sekali Ahli Perwakilan Bahagian yang menghadiri Perhimpunan Agung yang didapati pungutan yuran tidak mengikut Fasal 25.1 dan 25.2.

10.10
Melucutkan jawatan mana-mana Ahli Badan Perhubungan, Jawatankuasa Bahagian dan Cawangan atas apa-apa sebab sekali pun.

10.11
Melantik seorang Pegawai Awam.

10.12
Menentukan perbelanjaan, menamakan mereka yang ditauliahkan menandatangani cek dan menetapkan tempat menyimpan wang.

10.13
Melantik Pemegang Amanah dan memberhentikannya pada bila-bila masa jua pun.

10.14
Menetapkan tarikh Perwakilan Bahagian dan dengan tidak menghiraukan Fasal 15.3, berkuasa menentukan mana-mana satu di antara Perwakilan Bahagian-bahagian yang diadakan itu bagi memilih Jawatankuasanya.

10.15
Membuat peraturan bagi menubuhkan Jawatankuasa Pemilihan serta Peraturan untuk melaksana, mengawal dan menyelia pemilihan jawatan-jawatan di semua peringkat dan menubuhkan Jawatankuasa Kecil yang lain.

10.16
Mengambil sebarang langkah selain daripada perkara-perkara yang tersebut di atas bagi kesempurnaan perjalanan parti.

10.17
Majlis Tertinggi berhak menangguhkan pemilihan di peringkat Majlis Tertinggi, Bahagian dan Cawangan. Penangguhan ini tidak boleh lebih daripada 18 bulan dari tarikh pemilihan yang sepatutnya ia diadakan.



FASAL 11PEJABAT SETIAUSAHA AGUNGPejabat Setiausaha Agung adalah menjadi Pejabat Berdaftar, iaitu di Tingkat 38, Menara Dato' Onn, Kompleks UMNO, Jalan Tun Ismail, 50480 Kuala Lumpur atau dimana-mana tempat yang ditentukan oleh Majlis Tertinggi dan diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan.



FASAL 12BADAN PERHUBUNGAN

12.1
Badan Perhubungan boleh ditubuhkan oleh Majlis Tertinggi di tiap-tiap Negeri dan Wilayah Persekutuan.

12.2
Badan Perhubungan terdiri daripada:


12.2.1
Pengerusi.
12.2.2
Timbalan Pengerusi.
12.2.3
Setiausaha.
12.2.4
Bendahari.
12.2.5
Ketua Penerangan.
12.2.6
Ketua-ketua Bahagian.
12.2.7
2 orang wakil Pergerakan Pemuda Negeri, 2 orang wakil Pergerakan Wanita dan 2 orang wakil Pergerakan Puteri bagi tiap-tiap Negeri dan Wilayah Persekutuan yang dilantik oleh Ketua Pergerakan masing-masing.

12.3
Setiausaha, Bendahari dan Ketua Penerangan dilantik oleh Pengerusi dan akan memegang jawatan mereka selama tempoh Majlis Tertinggi kecuali mereka berhenti atau diberhentikan oleh Pengerusi.

12.4
Timbalan Ketua Bahagian berhak mengambil tempat Ketua Bahagian di Mesyuarat Jawatankuasa Badan Perhubungan jika Ketua Bahagian tidak dapat hadir.

12.5
Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan hendaklah dilantik oleh Presiden yang mereka memegang jawatan masing-masing selama tempoh Majlis Tertinggi tetapi boleh berhenti atau diberhentikan oleh Presiden pada bila-bila masa.

12.6
Wakil Majlis Tertinggi boleh hadir dan mengambil bahagian dalam sebarang mesyuarat Badan Perhubungan tetapi tidak boleh mengundi.

12.7
Badan Perhubungan hendaklah bersidang sekurang-kurangnya sekali dalam masa dua bulan, atau


12.7.1
Pada bila-bila masa dikehendaki oleh Pengerusi atau
12.7.2
Dengan permintaan bertulis daripada satu pertiga daripada bilangan ahli-ahlinya.

12.8
Jika Setiausaha tidak memanggil mesyuarat mengikut Fasal 12.7.2 selepas 14 hari daripada tarikh permohonan itu diterima maka ahli-ahli yang memohon itu boleh mengadakan mesyuarat itu dengan syarat semua ahli hendaklah dijemput hadir.

12.9
Satu perdua daripada bilangan Ahli Badan Perhubungan adalah menjadi cukup bilang menjalankan mesyuaratnya.

12.10
Badan Perhubungan hendaklah mengadakan konvensyen di peringkat Negeri dan Wilayah Persekutuan sekurang-kurangnya sekali setahun mengandungi wakil-wakil daripada Bahagian-bahagian. Majlis Tertinggi berkuasa menentukan syarat-syarat dan lain-lain perkara berhubung dengan Konvensyen itu.

12.11
Di dalam tiap-tiap Mesyuarat Badan Perhubungan jika Pengerusi dan Timbalannya tidak hadir maka salah seorang daripada ahli yang hadir itu boleh dipilih menjadi Pengerusi.

12.12
Tugas-tugas Pegawai Badan Perhubungan:


12.12.1
Pengerusi.

12.12.1.1
Melantik Setiausaha, Ketua Penerangan dan Bendahari.
12.12.1.2
Memanggil dan mempengerusikan Mesyuarat Badan Perhubungan.
12.12.1.3
Bertanggungjawab atas semua anggota Pejabat Badan Perhubungan.
12.12.2
Timblan Pengerusi.

12.12.2.1
Membantu tugas-tugas Pengerusi.
12.12.2.2
Mempengerusikan Mesyuarat Badan Perhubungan apabila Pengerusi tidak hadir.
12.12.3
Setiausaha.

12.12.3.1
Bertanggungjawab secara langsung kepada Pengerusi.
12.12.3.2
Bertanggungjawab atas kesempurnaan mesyuarat-mesyuarat dan Pejabat Perhubungan.
12.12.3.3
Memanggil Mesyuarat mengikut Fasal 12.7.
12.12.4
Bendahari.

12.12.4.1
Bertanggungjawab atas kesempurnaan perjalanan kewangan.
12.12.4.2
Membentangkan laporan kewangan kepada Badan Perhubungan.
12.12.4.3
Memaklumkan kepada Badan Perhubungan kedudukan harta benda milik UMNO dan Pemegang Amanah sekurang-sekurangnya sekali setahun.
12.12.5
Ketua Penerangan.

12.12.5.1
Bertanggungjawab atas penerangan dan penyiaran.
12.12.5.2
Melaporkan kepada Badan Perhubungan atas kerja-kerja penerangan di peringkat Negeri.

12.13
Tanggungan, kuasa dan kewajipan Badan Perhubungan ialah:


12.13.1
Mengatur dan menyelaraskan perjalanan Bahagian-bahagian sesebuah Negeri dan Wilayah Persekutuan.
12.13.2
Memilih ahli-ahli bagi mewakili parti di dalam sebarang kumpulan atau Lembaga di Peringkat Negeri dan Wilayah Persekutuan.
12.13.3
Menentukan perbelanjaan, menamakan mereka yang ditauliahkan menandatangani cek dan menetapkan tempat menyimpan wang.
12.13.4
Melantik Pemegang Amanah dan memberhentikan pada bila-bila masa pun.
12.13.5
Manunaikan segala syarat yang dikehendaki oleh Akta Pertubuhan 1966.
12.13.6
Menyelesaikan sebarang masalah yang berbangkit di dalam Bahagian dan Cawangan dengan kehendak Majlis Tertinggi.
12.13.7
Membentangkan Penyata Tahunan serta Penyata Kira-kira wang tahunannya yang telah diperiksa dan di sahkan oleh Pemeriksa Kira-kira pada Majlis Tertinggi.



FASAL 13PEJABAT SETIAUSAHA BADAN PERHUBUNGANPejabat Setiausaha Badan Perhubungan itu hendaklah ditempatkan di pusat pentadbiran UMNO Negeri itu atau di mana-mana juga tempat yang ditentukan oleh Badan Perhubungan Negeri dan diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan.



FASAL 14BAHAGIAN

14.1
Majlis Tertinggi berkuasa menubuhkan sebuah Bahagian di setiap kawasan Pilihan Raya Dewan Rakyat.

14.2
Tertakluk kepada Perlembagaan dan Peraturan Persidangan UMNO, perjalanan Bahagian adalah berasakan pada kuasa dan perintah Perwakilan Bahagian.

14.3
Perwakilan Bahagian hendaklah diadakan sekali setahun tidak kurang daripada 60 hari sebelum tarikh diadakan Perhimpunan Agung. Kelonggaran boleh diberikan oleh Majlis Tertinggi tertakluk kepada Fasal 10.14.

14.4
Perwakilan Bahagian hendaklah terdiri daripada:


14.4.1
Pengerusi Tetap dan Timbalan Pengerusi Tetap.
14.4.2
Ahli-ahli Jawatankuasa Bahagian.
14.4.3
Ketua Cawangan yang Cawangannya telah mengadakan persidangan dan telah menjelaskan yuran kepada Bahagian bagi tahun berkenaan. Ketua Cawangan yang menjadi Ahli Jawatankuasa Bahagian berhak melantik gantinya yang terdiri daripada Pengerusi Tetap, Timbalan Pengerusi Tetap atau Ahli Jawatankuasa Cawangan.
14.4.4
Wakil-wakil yang dilantik oleh Persidangan Cawangan sebanyak seorang wakil bagi tiap-tiap lima puluh orang ahli yang telah menjelaskan yurannya mengikut Fasal 25.1 dan 25.2, tetapi jumlah Ahli Perwakilan itu tidak lebih daripada lima orang dari satu Cawangan.
14.4.5
Cawangan-cawangan yang dicadangkan oleh Bahagian untuk digantung atau dibubarkan dan Jawatankuasa Cawangan yang telah digantung oleh Majlis Tertinggi boleh menghantar wakil jika Cawangan itu dapat mengadakan Persidangan dengan sempurna.
14.4.6
Tidak lebih daripada sepuluh (10) orang wakil Pergerakan Pemuda, sepuluh (10) orang wakil Pergerakan Wanita dan (10) orang wakil Pergerakan Puteri yang dipilih oleh Perwakilan Bahagiannya masing-masing.

14.5
Tugas-tugas Perwakilan Bahagian ialah:


14.5.1
Memilih Ahli-ahli Jawatankuasa Bahagian tertakluk kepada Fasal 15.3.
14.5.2
Memilih wakil-wakil Bahagian ke Perhimpunan Agung. Wakil-wakil yang tidak dipilih dalam Perwakilan Bahagian atau sebarang pertukaran selepas itu tidak sah. Mana-mana wakil yang tidak dapat hadir tidak boleh melantik gantinya.
14.5.3
Membincangkan dasar-dasar parti untuk dikemukakan dalam Perhimpunan Agung.
14.5.4
Mencadangkan calon-calon untuk bertanding menjadi Ahli Majlis Tertinggi.
14.5.5
Memilih Pengerusi Tetap, Timbalan Pengerusi Tetap dan 2 orang Pemeriksa Kira-kira mengikut Fasal 28.2.

14.6
Perwakilan Khas Bahagian hendaklah diadakan apabila dikehendaki oleh salah satu daripada permintaan berikut:


14.6.1
Dengan permintaan bertulis daripada sekurang-kurangnya dua pertiga daripada Ahli-ahli Jawatankuasa Bahagian.
14.6.2
Dengan permintaan bertulis oleh sekurang-kurangnya satu perdua daripada jumlah semua Cawangan dengan syarat Cawangan-cawangan itu telah mengadakan Persidangan Khasnya atas masalah yang sama.
14.6.3
Dengan kehendak Majlis Tertinggi.

14.7
Setiausaha Bahagian hendaklah memanggil Perwakilan Khas Bahagian itu. Jika Setiausaha Bahagian tidak berbuat demikian dalam tempoh empat belas (14) hari daripada tarikh permohonan cawangan yang terakhir itu diterima maka Perwakilan Khas Bahagian itu hendaklah dipanggil oleh Majlis Tertinggi.

14.8
Perwakilan khas bahagian itu hendaklah diadakan mengikut kaedah Perwakilan Bahagian dan ahli-ahli yang hadir dalam Perwakilan Bahagian bagi tahun yang baru lalu sahaja boleh hadir kecuali jika Persidangan Khas Cawangan itu menggantikannya dengan ahli yang lain.



FASAL 15JAWATANKUASA BAHAGIAN

15.1
Jawatankuasa Bahagian hendaklah terdiri daripada:


15.1.1
Ketua.
15.1.2
Timbalan Ketua.
15.1.3
Empat orang Naib Ketua termasuk Ketua Pergerakan Pemuda, Wanita dan Puteri
15.1.4
Setiausaha.
15.1.5
Bendahari.
15.1.6
Ketua Penerangan.
15.1.7
Tidak lebih daripada dua puluh (20) orang yang dipilih oleh Perwakilan Bahagian.
15.1.8
Tidak lebih daripada tujuh (7) orang yang dilantik oleh Ketua termasuk sekurang-kurang seorang dari Pergerakan Pemuda, seorang dari Pergerakan Wanita dan seseorang dari Pergerakan Puteri.

15.2
Ahli Dewan Rakyat dan Ahli Dewan Undangan Negeri bagi Bahagian tersebut yang bukan dipilih atau dilantik mengikut Fasal 15.1 berhak menghadiri tiap-tiap mesyuarat Jawatankuasa Bahagian sebagai ahli tetapi tidak boleh mengundi.

15.3
Ketua, Timbalan Ketua, Naib Ketua, Ketua dan Naib Ketua Pergerakan Pemuda, Ketua dan Naib Ketua Pergerakan Wanita dan Ketua dan Naib Ketua Pergerakan Puteri dan Ahli-ahli Jawatankuasa mengikut Fasal 15.1.7, hendaklah dipilih tiap-tiap tiga tahun sekali. Walau bagaimanapun Majlis Tertinggi boleh menangguhkan pemilihan bagi suatu tempoh yang tidak lebih daripada 18 bulan daripada tarikh pemilihan yang sepatutnya diadakan mengikut Fasal 10.17.

15.4
Setiausaha, Bendahari, Ketua Penerangan dan ahli yang dilantik oleh Ketua Bahagian akan memegang jawatan mereka selama tempoh Jawatankuasa Bahagian yang berkenaan kecuali mereka berhenti atau diberhentikan oleh Ketua Bahagian.

15.5
Calon-calon yang bertanding untuk memegang jawatan dalam Jawatankuasa Bahagian hendaklah dinamakan oleh sekurang-kurangnya:


a)
Ketua - 20%
b)
Timbalan Ketua - 15%
c)
Naib - 10%
d)
Ahli Jawatankuasa - 2 Cawangan
daripada jumalah Cawangan yang sah dalam Bahagian mengikut Fasal 17.5.7 kecuali apabila mana-mana Bahagian di mana Cawangannya melebihi 150 Cawangan mencukupilah seorang calon itu mendapat sokongan sekurang-kurangnya 30 Cawangan bagi Ketua dan 20 Cawangan bagi Timbalan Ketua 10 Cawangan bagi Naib Ketua

15.6
Jawatan Ahli-ahli Jawatankuasa Bahagian tidak menjadi kosong disebabkan seseorang ahli itu dilantik menjadi pegawai mengikut Fasal 15.4.

15.7
Jika Ketua Bahagian berhenti atau diberhentikan maka Timbalan Ketua akan memangku jawatan itu dan jika Pemangku Ketua berhenti atau diberhentikan maka Jawatankuasa bolehlah melantik salah seorang daripada Naib Ketua memangku jawatan itu atau melantik salah seorang Ahli Jawatankuasa jika ketiadaan Naib Ketua untuk memangku Jawatan itu sehingga diadakan Perwakilan Bahagian mengikut Fasal 15.3.

15.8
Jika semua Ahli-ahli Jawatankuasa Bahagian berhenti serentak maka Majlis Tertinggi akan mengadakan Perwakilan Khas Bahagian untuk menubuhkan semula Jawatankuasa Bahagian itu dan menentukan tempoh perkhidmatannya.

15.9
Jawatankuasa Bahagian hendaklah bersidang sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh dua bulan atau.


15.9.1
Pada bila-bila masa lain yang dikehendaki oleh Ketua atau
15.9.2
Dengan permintaan bertulis oleh satu pertiga daripada Ahli-ahli Jawatankuasa

15.10
Jika Setiausaha Bahagian tidak memanggil mesyuarat mengikut Fasal 15.9.2 dalam tempoh tujuh hari daripada tarikh permohonan itu dibuat, maka ahli-ahli yang memohon boleh memanggil mesyuarat itu dengan syarat semua Ahli Jawatankuasa Bahagian dijemput hadir.

15.11
Satu perdua daripada Ahli-ahli Jawatankuasa adalah menjadi cukup bilang bagi menjalankan mesyuarat.

15.12
Tugas-tugas Pegawai dan Jawatankuasa Bahagian:


15.12.1
Ketua Bahagian.

15.12.1.1
Bertanggungjawab atas kesempurnaan perjalanan Bahagian dan Cawangan di dalam Bahagian.
15.12.1.2
Bertanggungjawab atas semua pegawai dan anggota pejabat Bahagian.
15.12.1.3
Memanggil dan mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Bahagian.
15.12.1.4
Melantik Setiausaha, Bendahari dan Ketua Penerangan dan bertanggungjawab atas kesempurnaan tugas mereka.
15.12.1.5
Melantik 7 orang Ahli Jawatankuasa Bahagian.
15.12.2
Timbalan Ketua.

15.12.2.1
Membantu tugas-tugas Ketua Bahagian.
15.12.2.2
Mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Bahagian apabila Ketua Bahagian tidak hadir.
15.12.3
Naib Ketua.

15.12.3.1
Membantu tugas-tugas Ketua Bahagian.
15.12.3.2
Mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Bahagian apabila Ketua dan Timbalannya tidak hadir.
15.12.4
Setiausaha.

15.12.4.1
Bertanggungjawab secara langsung kepada Ketua Bahagian.
15.12.4.2
Bertanggungjawab atas kesempurnaan mesyuarat-mesyuarat Jawatankuasa Bahagian dan Perwakilan Bahagian.
15.12.4.3
Menyediakan Penyata Tahunan UMNO Bahagian.
15.12.5
Bendahari.

15.12.5.1
Bertanggungjawab atas kesempurnaan perjalanan kewangan Bahagian itu.
15.12.5.2
Menyediakan dan membentangkan Penyata Kewangan Tahunan yang disahkan oleh Pemeriksa Kira-kira kepada Jawatankuasa Bahagian.
15.12.5.3
Memaklumkan kepada Jawatankuasa Bahagian kedudukan harta benda milik UMNO Bahagian dan pemegang Amanah sekurang-kurangnya sekali setahun.
15.12.6
Ketua Penerangan.

15.12.6.1
Menjalankan tugas penerangan di peringkat Bahagian dan
15.12.6.2
Melaporkan kepada Bahagian akan tugas-tugas tersebut.


15.12.7
Ketua Pergerakan Pemuda, Wanita dan Puteri:



15.12.7.1
Tugas-tugas Ketua Pergerakan Pemuda, Wanita dan Puteri adalah seperti yang


telah ditetapkan oleh Peraturan-peraturannya.

15.13
Tanggungan, kuasa dan kewajipan Jawatankuasa Bahagian ialah:-


15.13.1
Mencadangkan calon-calon pilihan raya, wakil-wakil parti bagi menganggotai Majlis Bandar Raya, Perbandaran, Bandaran Tempatan dan Daerah.
15.13.2
Mengawasi perjalanan dan menyelesaikan masalah Cawangan.
15.13.3
Membentangkan Penyata Tahunan serta Penyata Kira-kira yang telah disahkan oleh Pemeriksa Kira-kira kepada Perwakilan Bahagian.
15.13.4
Hendaklah menerima wang yuran tahunan yang dibayar oleh Cawangan-cawangan
15.13.5
Menghantar kepada Setiausaha Agung, Penyata Tahunan Bahagian dan Penyata Kira-kira yang telah dibentangkan dalam Perwakilan Bahagian.
15.13.6
Menetapkan tarikh Persidangan Cawangan setelah berunding dengan Jawatankuasa Cawangan.
15.13.7
Menunaikan segala syarat yang dikehendaki oleh Akta Pertubuhan 1966.
15.13.8
Dengan persetujuan dua pertiga daripada Ahli Jawatankuasa Bahagian, berhak menolak semua sekali Ahli Perwakilan Cawangan yang didapati membayar yuran ahli-ahlinya tidak mengikut kehendak Fasal 25.1 dan 25.2.
15.13.9
Berkerjasama dengan Majlis Tertinggi dan Cawangan bagi menyediakan senarai ahli-ahli yang berhak mengambil bahagian dalam Persidangan Cawangan.
15.13.10
Menentukan perbelanjaan, menamakan mereka yang ditauliahkan menandatangani cek dan menetap tempat menyimpan wang.
15.13.11
Melantik Pemegang Amanah dan memberhentikannya pada bila-bila jua masa pun.


FASAL 16PEJABAT SETIAUSAHA BAHAGIANPejabat Setiausaha Bahagian itu bolehlah ditempatkan dimana-mana jua tempat yang ditentukan oleh Jawatankuasa Bahagian itu dan diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan.


FASAL 17CAWANGAN

17.1
Majlis Tertinggi berkuasa menubuh, menggantung dan membubarkan Cawangan setelah terlebih dahulu berunding dan merujuk kepada Jawatankuasa Bahagian berkenaan.

17.2
Tertakluk kepada Perlembagaan dan Peraturan Persidangan UMNO, perjalanan Cawangan adalah berasakan kepada kuasa dan perintah Persidangan Cawangan.

17.3
Tertakluk kepada Fasal 15.13.6 Persidangan Cawangan hendaklah diadakan setahun sekali tetapi tidak lewat daripada empat belas hari sebelum tarikh diadakan Perwakilan Bahagian.

17.4
Persidangan Cawangan hendaklah terdiri daripada:


17.4.1
Pengerusi Tetap dan Timbalan Pengerusi Tetap.
17.4.2
Ahli-ahli Jawatankuasa Cawangan.
17.4.3
Ahli-ahli UMNO yang telah menjelaskan yuran tahunannya mengikut Fasal 25.1 dan 25.2 Perlembagaan UMNO.

17.5
Tugas-tugas Persidangan Cawangan ialah:


17.5.1
Membincangkan dasar parti untuk dikemukakan kepada mesyuarat Perwakilan Bahagian.
17.5.2
Mengkaji kerja-kerja yang telah dibuat oleh Jawatankuasa Cawangan.
17.5.3
Mengadakan rancangan-rancangan kerja untuk faedah rakyat.
17.5.4
Memilih Ahli-ahli Jawatankuasa tertakluk kepada Fasal 18.2.
17.5.5
Memilih Pengerusi Tetap, Timbalan Pengerusi Tetap dan dua orang Pemeriksa Kira-Kira mengikut Fasal 28.2.
17.5.6
Memilih wakil-wakil ke Perwakilan Bahagian. Wakil-wakil yang tidak dipilih di dalam Persidangan Cawangan atau sebarang pertukaran selepas itu tidak sah.
17.5.7
Mencadangkan calon-calon untuk bertanding menjadi Ahli Jawatankuasa Bahagian.
17.5.8
Tertakluk kepada Fasal 8.4.3 mencadangkan 7 nama untuk dipilih sebagai wakil UMNO Bahagian ke Perhimpunan Agung UMNO.

17.6
Persidangan Khas Cawangan hendaklah diadakan dengan permintaan bertulis daripada satu perdua jumlah ahli-ahli. Jika Setiausaha tidak memanggil Persidangan Khas Cawangan itu dalam tempoh empat belas hari maka Persidangan Khas Cawangan itu hendaklah dipanggil oleh Jawatankuasa Bahagian.



FASAL 18JAWATANKUASA CAWANGAN

18.1
Jawatankuasa Cawangan hendaklah terdiri daripada:


18.1.1
Ketua.
18.1.2
Timbalan Ketua.
18.1.3
Ketua-Ketua Pergerakan Pemuda, Wanita dan Puteri.
18.1.4
Setiausaha.
18.1.5
Bendahari.
18.1.6
Ketua Penerangan.
18.1.7
Tidak lebih daripada lima belas (15) orang yang dipilih oleh Persidangan.
18.1.8
Tidak lebih dari lima (5) orang ahli yang dilantik oleh Ketua Cawangan termasuk sekurang-kurangnya seorang dari Pemuda, Wanita dan Puteri.

18.2
Ketua,Timbalan, Ketua,dan lima belas (15) Ahli-Ahli Jawatankuasa Cawangan seperti 18.1.7 hendaklah dipilih tiap-tiap tiga (3) tahun sekali oleh Persidangan Cawangan.Ketua Pergerakan Pemuda, Wanita dan Puteri akan dipilih oleh Persidangan Pergerakan masing-masing tiap-tiap tiga (3) tahun sekali. Walau bagaimanapun Majlis Tertinggi boleh menangguhkan pemilihan bagi suatu tempoh tidak lebih daripada 18 bulan daripada tarikh pemilihan yang sepatutnya diadakan mengikut Fasal 10.17.

18.3
Setiausaha,Bendahari dan Ketua Penerangan dan tidak lebih dari lima (5) orang ahli yang dilantik menikut Fasal 18.1.8. dilantik oleh Ketua Cawangan dan akan memegang jawatan mereka selama tempoh Jawatankuasa Cawangan yang berkenaan kecuali mereka berhenti atau diberhentikan oleh Ketua Cawangan.

18.4
Jawatan Ahli-ahli Jawatankuasa Cawangan tidak menjadi kosong disebabkan seseorang ahli itu telah dilantik menjadi Pegawai mengikut Fasal 18.3.

18.5
Jawatankuasa Cawangan hendaklah bersidang sekurang-kurangnya dua bulan sekali, atau


18.5.1
Pada bila-bila masa yang dikehendaki oleh Ketua atau
18.5.2
Dengan permintaan bersurat daripada satu pertiga Ahli Jawatankuasa Cawangan.

18.6
Jika Setiausaha tidak memanggil mesyuarat mengikut fasal 18.5.2. dalam tempoh tujuh hari daripada tarikh permohonan itu dibuat maka ahli yang memohon boleh memanggil mesyuarat itu dengan syarat semua Ahli Jawatankuasa Cawangan dijemput hadir.

18.7
Satu perdua daripada Ahli Jawatankuasa adalah menjadi cukup bilang bagi menjalankan mesyuarat.

18.8
Sekiranya seseorang Ahli Jawatankuasa yang dipilih tiada lagi memegang jawatannya maka jawatan itu tidak boleh diganti.

18.9
Jika Ketua Cawangan berhenti atau diberhentikan maka Timbalan Ketua akan memangku jawatan itu dan jika Pemangku Ketua itu berhenti atau diberhentikan maka salah seorang daripada Ahli Jawatankuasa boleh dilantik memangku jawatan itu.

18.10
Jika Ketua dan Timbalan tidak hadir di dalam Mesyuarat Jawatankuasa maka salah seorang daripada ahli-ahli yang hadir itu boleh dilantik menjadi Pengerusi.

18.11
Tugas-tugas Pegawai Cawangan:


18.11.1
Ketua:

18.11.1.1
Bertanggungjawab atas kesempurnaan perjalanan Cawangannya.
18.11.1.2
Melantik Setiausaha, Bendahari dan Ketua Penerangan Cawangan dan bertanggungjawab atas kesempurnaan tugas mereka.
18.11.1.3
Bertanggungjawab atas semua pegawai dan anggota Pejabat Cawangan.
18.11.1.4
Memanggil dan mempengerusikan sidang-sidang Jawatankuasa Cawangan.
18.11.1.5
Melantik lima (5) orang Ahli Jawatankuasa Cawangan mengikut Fasal 18.1.8.
18.11.2
Timbalan Ketua:

18.11.2.1
Membantu tugas-tugas Ketua Cawangan.
18.11.2.2
Mempengerusikan sidang-sidang Jawatankuasa Cawangan apabila Ketua Cawangan tidak hadir.
18.11.3
Setiausaha:

18.11.3.1
Bertanggungjawab secara lansung kepada Ketua Cawangan.
18.11.3.2
Mentadbirkan perjalanan Pejabat Cawangan dan menjadi Pegawai Awam.
18.11.3.3
Melaporkan kepada Ketua Cawangan segala tindakan yang diambil berhubung dengan pentadbiran Pejabat Cawangan.
18.11.3.4
Bertanggungjawab atas kesempurnaan sidang-sidang Jawatankuasa Cawangan dan Persidangan Cawangan.
18.11.3.5
Menyediakan Penyata Tahunan Cawangan.
18.11.3.6
Memanggil mesyuarat mengikut Fasal 18.5
18.11.4
Bendahari:

18.11.4.1
Bertanggungjawab atas kesempurnaan perjalanan kewangan Cawangan.
18.11.4.2
Menyediakan dan membentangkan Penyata Kira-Kira Kewangan Tahunan yang telah disahkan oleh Pemeriksa Kira-Kira Jawatankuasa Cawangan.
18.11.4.3
Memaklumkan kepada Jawatankuasa Cawangan kedudukan harta benda milik UMNO dan Pemegang Amanah sekurang-kurangnya sekali setahun.
18.11.5
Ketua Penerangan:

18.11.5.1
Mentadbirkan dan menyusun rancangan-rancangan penerangan dan penyiaran yang dikelolakan oleh Cawangan.
18.11.5.2
Bertanggungjawab atas penerangan dan penyiaran yang dikelolakan oleh Cawangan.
18.11.5.3
Melaporkan kepada Jawatankuasa Cawangan atas kerja-kerja penerangan UMNO yang dijalankan dalan Cawangan itu.
18.11.6
Ketua-ketua Pergerakan Pemuda, Wanita dan Puteri:

18.11.6.1
Tugas-tugas Ketua Pergerakan Pemuda, Wanita dan Puteri adalah seperti yang telah ditetapkan oleh Peraturannya-peraturannya.

18.12
Tugas-tugas Jawatankuasa Cawangan ialah:


18.12.1
Menjalankan arahan-arahan parti seperti yang ditentukan oleh Majlis Tertinggi dan Jawatankuasa Bahagian.
18.12.2
Menyemai perasaan persaudaraan dan menggalakkan bantuan sesama sendiri di kalangan ahli-ahli parti.
18.12.3
Hendaklah menerima wang yuran tahunan yang dibayar oleh ahli-ahli.
18.12.4
Mengkaji dan memanjangkan permohonan untuk menjadi ahli kepada Majlis Tertinggi melalui Jawatankuasa Bahagian.
18.12.5
Membentangkan kepada Persidangan Cawangan Penyata Tahunan dan Penyata Kira-Kira yang telah diperiksa dan disahkan oleh Pemeriksa Kira-kira.
18.12.6
Menunaikan segala syarat yang dikehendaki oleh Akta Pertubuhan 1966.
18.12.7
Menghantarkan kepada Ahli-ahlinya Penyata Kira-Kira sekurang-kurangnya tujuh hari sebelum tarikh diadakan Persidangan Cawangan
18.12.8
Mencadangkan pemecatan atau penggantungan keahlian seseorang ahli kepada Majlis Tertinggi melalui Bahagian.
18.12.9
Menentukan perbelanjaan, menamakan mereka yang ditauliahkan menandatangani cek dan menetapkan tempat menyimpan wang.
18.12.10
Melantik Pemegang Amanah dan memberhentikannya pada bila-bila masa pun.
18.12.11
Meluluskan permohonan mendaftar menjadi ahli dan melaporkannya kepada Jawatankuasa Bahagian dan Majlis Tertinggi.


FASAL 19PEJABAT SETIAUSAHA CAWANGANPejabat Setiausaha bolehlah ditempatkan di mana-mana yang dipersetujui oleh Jawatankuasa Cawangan dan diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan.


FASAL 20DISIPLIN

20.1
Majlis Tertinggi berkuasa menubuhkan Lembaga Disiplin dan menentukan peraturan-peraturan, kuasa-kuasanya dan mengenakan hukuman kerana melanggar peruntukan perlembagaan ini dan kesalahan lain yang disenaraikan di dalam Tataetika Ahli UMNO atau mana-mana peraturan lain.

20.2
Ahli-ahli Lembaga Disiplin hendaklah dilantik oleh Majlis Tertinggi yang terdiri dari ahli-ahli yang tidak berjawatan dalam parti dan tidak mempunyai kepentingan dalam pemilihan.

20.3
Majlis Tertinggi boleh menurunkan kuasa disiplin kepada mana-mana Jawatankuasa di peringkat Perhubungan Negeri atau Bahagian.

20.4
Tanpa menyentuh hak Majlis Tertinggi, Lembaga Disiplin di peringkat Badan Perhubungan Negeri atau Bahagian, setelah mendengar dan berpuas hati terhadap pelanggaran peruntukan Perlembagaan ini atau Tataetika Ahli UMNO, bolehlah mengenakan mana-mana hukuman setakat yang diperturunkan kuasa oleh Majlis Tertinggi.

20.5
Tiap-tiap peringkat parti hendaklah melaporkan kepada Lembaga Disiplin mengenai kegiatan mana-mana ahli yang didapati melanggar disiplin parti untuk tindakan selanjutnya.

20.6
Seseorang ahli atau pihak yang tidak berpuas hati dengan tindakan disiplin yang dikenakan keatasnya boleh merayu kepada Majlis Tetinggi.

20.7
Seseorang ahli yang membawa apa-apa jua perkara parti atau hak keahliannya ke mahkamah sebelum mematuhi sepenuhnya peraturan-peraturan parti maka keahliannya di dalam parti gugur dengan sendirinya.

20.8
Semua ahli UMNO hendaklah cintakan parti dan:


(a)
Patuh kepada Perlembagaan ini dan Tataetika Ahli;
(b)
Mengikut perintah-perintah parti;
(c)
Menjalankan dasar-dasar parti;
(d)
Patuh dan menghormati keputusan-keputusan parti;
(e)
Menjaga rahsia-rahsia parti;
(f)
Memelihara nama baik dan maruah parti;
(g)
Senantiasa menunjukkan tatalaku yang sopan lagi tertib.

20.9
Mana-mana ahli yang melanggar peruntukan Perlembagaan ini atau Tataetika Ahli UMNO boleh dikenakan mana-mana hukuman yang tersebut dibawah:


(a)
Diberi amaran;
(b)
Digantung hak-haknya dalam parti;
(c)
Dilarang daripada bertanding bagi mana-mana jawatan dalam parti ataupun sebagai calon dalam Pilihan Raya Negeri atau Umum bagi mana-mana tempoh yang ditentukan oleh Majlis Tertinggi;
(d)
Dipecat daripada parti;
(e)
Dikenakan lain-lain hukuman yang difikirkan wajar dan selaras dengan Perlembagaan ini.

20.10
Seseorang ahli yang bertanding sebagai calon Bebas atau parti lawan dalam pilihan raya akan dipecat daripada parti dan tidak boleh diterima balik sebagai ahli selama-lamanya.

20.11
Ahli-ahli yang telah dikenakan hukuman, kecuali yang dikenakan hukuman dibawah Fasal 20.10 boleh membuat rayaun supaya:


20.11.1
Menarik balik penggantungan keahliannya selepas 2 tahun daripada tarikh ia dihukum.
20.11.2
Menarik balik pemecatan keahliannya selepas 3 tahun daripada tarikh ia dihukum.

20.12
Majlis Tertinggi berkuasa penuh membuat kaedah-kaedah dan peraturan-peraturan berkaitan dengan Tataetika Ahli UMNO, yang di antara lain melarang penyalahgunaan kuasa dan wang dengan tujuan mendapat undi atau sokongan atau untuk mempengaruhi mana-mana pemilihan bagi pihak sendiri atau bagi pihak lain atau supaya jangan mengundi mana-mana orang dalam mana-mana pemilihan parti.


FASAL 21PERGERAKAN PEMUDA, PERGERAKAN WANITA DAN PERGERAKAN PUTERI

21.1
Pergerakan Pemuda, Pergerakan Wanita dan Pergerakan Puteri dalam semua peringkat UMNO boleh diwujudkan dan Majlis Tertinggi berkuasa membuat peraturan-peraturan untuknya.

FASAL 22LENCANA DAN LAMBANG UMNO

22.1
Majlis Tertinggi boleh mengadakan lencana dan lambang bagi ahli.

22.2
Lencana dan lambang itu hanya boleh dikeluarkan oleh Pejabat Setiausaha Agung.

22.3
Bentuk lencana UMNO adalah sebagaimana bentuk bendera UMNO menurut Fasal 23.1 dengan ditambah huruf-huruf ringkas UMNO dalam tulisan jawi di penjuru sebelah atas kanan dan perkataan UMNO di penjuru sebelah bawah kiri.

22.4
Bentuk lambing UMNO adalah dari ringkasaan perkataan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu dalam huruf jawi yang disusun secara vertical (dari atas ke bawah) dan digrafikkan secara simitrikal.

22.5
Majlis Tertinggi berkuasa membuat sebarang peraturan berkenaan dengan lencana dan lambang itu.


FASAL 23BENDERA UMNO

23.1
Rupa bendera UMNO adalah sebagaimana di bawah ini:



Warna merah terletak di atas warna putih sama lebarnya dan satu bulatan berwarna kuning terletak ditengah-tengah bendera itu dan di tengah-tengah bulatan itu terletak rupa sebilah keris Melayu terhunus berwarna hijau dan hulunya menghala ke penjuru di sebelah atas kiri bendera.

23.2
Majlis Tertinggi adalah berkuasa membuat sebarang peraturan atas penggunaan bendera itu.

23.3
Sebarang perubahan bentuk atau corak bendera, hendaklah dipersetujukan oleh Perhimpunan Agung.


FASAL 24PUNCA PENDAPATAN

24.1
Kewangan UMNO adalah diperolehi dari:


24.1.1
Wang pendaftaran dan Yuran,
24.1.2
Derma-derma dan
24.1.3
Ikhtiar-ikhtiar lain di semua peringkat dipersetujukan oleh Majlis Tertinggi.

24.2
Tahun Kewangan UMNO ialah dari 1hb. Januari hingga 31hb. Disember.

24.3
Pejabat Setiausaha Cawangan, Bahagian dan Perhubungan hendaklah menghantar ke Pejabat Setiausaha Agung, Penyata Kira-Kira bagi sesuatu tahun kewangan yang telah diperiksa dan disahkan oleh Pemeriksa Kira-kira.


FASAL 25YURAN UMNO

25.1
Tiap-tiap ahli biasa hendaklah membayar dengan wangnya sendiri kepada Ibu Pejabat melalui Cawangan dan Bahagian seringgit (RM1) bagi Wang Pendaftaran dan seringgit (RM1) bagi yuran tahunan atau satu ratus ringgit (RM100) bagi yuran seumur hidup.

25.2
Yuran yang telah ditetapkan mengikut Fasal 25.1 di atas hendaklah dijelaskan tidak lewat daripada tarikh mengikut Fasal 24.2 atau satu tarikh yang ditetapkan oleh Majlis Tertinggi melainkan ia dibayar seumur hidup.

25.3
Bagi ahli-ahli yang membayar yuran tiap-tiap tahun, tarikh pembayaran yuran Cawangan kepada Bahagian dan Bahagian ke Ibu Pejabat adalah ditetapkan oleh Majlis Tertinggi.


FASAL 26CARA MENYIMPAN DAN MENGGUNAKAN WANG UMNO

26.1
Tertakluk kepada Fasal 26.6 Badan Perhubungan, Jawatankuasa Bahagian dan Jawatankuasa Cawangan boleh menentukan cara-cara mengutip, menyimpan dan menggunakan wang UMNO di peringkat masing-masing.

26.2
Wang UMNO, kecuali wang tunai dalam tangan hendaklah disimpan dalam Bank Perdagangan atau Bank Simpanan.

26.3
Cek-cek dan borang-borang mengeluarkan wang dari Bank hendaklah ditandatangani oleh sekurang-kurangnya dua orang ahli di peringkat masing-masing.

26.4
Majlis Tertinggi berhak dan berkuasa di atas semua wang dan harta benda Badan Perhubungan dan Bahagian-bahagian yang termasuk di dalam Badan-badan Perhubungan yang telah dibubarkan.

26.5
Jawatankuasa Bahagian adalah berhak di atas semua harta benda, wang tunai di tangan ataupun wang simpanan dalam Bank atau simpanan di bank bagi sesebuah Cawangan yang telah dibubarkan.

26.6
Majlis Tertinggi berkuasa membuat sebarang peraturan berkenaan dengan kewangan UMNO bagi semua peringkat.


FASAL 27HARTA ALIH DAN TAK ALIH

27.1
Tiap-tiap harta tak alih, iaitu tanah dan bangunan kepunyaan Ibu Pejabat UMNO hendaklah didaftar atas nama UMNO dan harta tak alih kepuyaan Badan Perhubungan, Bahagian dan Cawangan bolehlah didaftar atas namanya masing-masing.

27.2
Tiap-tiap harta alih hendaklah dipegang dan didaftarkan atas nama Pemegang Amanah. Majlis Tertinggi dan peringkat-peringkat lain boleh melantik mana-mana ahli atau syarikat sebagai Pemegang Amanah dan mereka boleh diberhentikan pada bila-bila masa jua pun.

27.3
Kuasa untuk menentukan UMNO membeli, mencagar (bagi faedah sendiri atau pihak lain), menjual, memindah, memajak atau menyewa harta benda atau bangunan adalah terletak kepada Majlis Tertinggi dan bagi harta benda tak alih kepuyaan Badan Perhubungan, Bahagian dan Cawangan, kuasa yang sama adalah terletak kepada Jawatankuasa masing-masing.

27.4
Majlis Tertinggi berkuasa membuat peraturan untuk melaksanakan tujuan Fasal 27 ini dan untuk memindahkan nama pemilik berdaftar bagi harta tersebut kepada oihak-pihak yang diberi kuasa memilikinya oleh Fasal 27.1.


FASAL 28PEMERIKSAAN KIRA-KIRA

28.1
Perhimpunan Agung Tahunan hendaklah melantik sebuah Syarikat Juruaudit yang diakui oleh Kerajaan untuk memeriksa kira-kira wang dan harta parti.

28.2
Mesyuarat Badan Perhubungan, Perwakilan Bahagian hendaklah memilih dua orang menjadi Pemeriksa Kira-kira bagi memeriksa kira-kira Badan Perhubungan, Bahgian dan Cawangan masing-masing.

28.3
Majlis Tertinggi, Badan Perhubungan, Jawatankuasa Bahagian dan Jawatankuasa Cawangan hendaklah memilih Pemeriksa Kira-kira menggantikan Pemeriksa Kira-kira yang dipilih oleh peringkat masing-masing jika mereka menarik diri.

28.4
Majlis Tertinggi berkuasa pada bila-bila masa menjalankan pemeriksaan kira-kira wang dan harta Badan Perhubungan, Bahagian dan Cawangan dan Bahagian berkuasa memeriksa kira-kira wang dan harta Cawangan.

28.5
Majlis Tertinggi berkuasa membuat sebarang peraturan mengenai wang Badan Perhubungan, Bahagian dan Cawangan.


FASAL 29PERATURAN PERSIDANGAN

29.1
Majlis Tertinggi berkuasa membuat sebarang Peraturan Persidangan Perhimpunan Agung yang diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan.

29.2
Peraturan Persidangan Perhimpunan Agung hendaklah dipakai untuk persidangan-persidangan parti di semua peringkat.


FASAL 30MEMINDA PERLEMBAGAAN

30.1
Perlembagaan ini atau sebarang bahagian daripadanya boleh dipinda atau dimansuhkan dengan ketepatan yang dipersetujui oleh tidak kurang daripada dua pertiga ahli-ahli yang berhak hadir dalam Perhimpunan Agung Khas dan hendaklah dikemukakan kepada Pendaftar Pertubuhan dalam tempoh dua puluh lapan hari dari tarikh keputusan meminda Perlembagaan itu diluluskan.

30.2
Cadangan-cadangan pindaan kepada Perlembagaan yang dikemukakan oleh Majlis Tertinggi boleh dipinda oleh Ahli-ahli Persidangan Perhimpunan Agung Khas dengan syarat hendaklah dibuat dengan bertulis kepada Setiausaha Agung, 14 hari sebelum Perhimpunan Agung diadakan.

Bahagian-bahagian boleh mencadangkan pindaan kepada Perlembagaan dengan syarat mengikut Fasal 8.5.3.


FASAL 31KUASA SEMENTARA MENGELOLAKAN UMNOPerlembagaan ini berjalan kuatkuasanya daripada tarikh yang diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan akan tetapi sebarang perbuatan atau pekerjaan yang telah diperbuat oleh UMNO terlebih dahulu daripada Perlembagaan ini diluluskan adalah sah sekalipun perbuatan dan pekerjaan itu tidak sesuai atau tidak mengikut kehendak Perlembagaan.


FASAL 32TAFSIRANJika berbangkit sebarang perselisihan di atas tafsiran Perlembagaan ini atau Peraturan Persidangan Perhimpunan Agung UMNO yang dibuat di bawah kuatkuasanya maka tafsiran yang diberikan oleh Majlis Tertinggi adalah muktamad.

Carta
































































Perjuangan Politik

UMNO lahir atas kesedaran dan kehendak para perwakilan yang menghadiri Kongres Melayu Se-Malaya yang pertama pada 1 – 4 Mac 1946.
Selepas Kerajaan Jepun menyerah kalah pada 14 Ogos 1945, kerajaan British telah menghantar bala tenteranya untuk menguasai semula Semenanjung Tanah Melayu, dan serentak membawa perubahan redikal terhadap pemerintahan negeri-negeri Melayu. Melalui tipu hela, Raja-raja Melayu telah dipengaruhi supaya menandatangani perjanjian dengan Harold MacMicheal bagi menyerahkan kuasa pemerintahan serta kedaulatan kepada Kerajaan British. Negeri-negeri Melayu bersama Melaka dan Pulau Pinang disatukan di bawah Kesatuan Malaya atau Malayan Union dan ditadbirkan sebagai jajahan takluk British.
Apabila cara pemerintahan baru di Semenanjung Tanah Melayu diumumkan di Parlimen British pada 10 Oktober 1945, maka orang-orang Melayu dari Perlis ke Singapura, melalui persatuan masing-masing, berkumpul dan bersuara membantah penubuhan Malayan Union. Satu perhimpunan besar-besaran yang pertama telah diadakan di Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur pada 1 hingga 4 Mac 1946.
Ketetapan yang telah dipersetujui di Kongres tersebut adalah:
1. Menubuhkan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu atau UMNO2. Membantah Penubuhan Malayan Union3. Mengadakan Derma Pelajaran Kebangsaan Melayu
Suatu Jawatankuasa telah ditubuhkan untuk menyediakan Piagam atau Perlembagaan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (Pekembar) atau UMNO, dan Perlembagaan itu telah diterima oleh perhimpunan yang bersidang di Johor Bahru pada 11 Mei 1946 dan pada tarikh tersebut UMNO selamat dilahirkan dengan rasminya.
Perjuangan UMNO yang pertama adalah membangkang penubuhan Malayan Union. Melalui akhbar-akhbar seperti Utusan Melayu dan Majlis, suara orang Melayu menentang Malayan Union dapat diketahui. Pemimpin UMNO berjaya menasihatkan Sultan-sultan melayu supaya tidak menghadiri upacara perlantikan Gabenor Malayan Union yang pertama, Edward Gent, dan secara simbolik memanifestasikan kemarahan dan bangkangan orang-orang Melayu terhadap Malayan Union.
Dua bulan selepas wujudnya Malayan Union, Kerajaan British telah mengubah pendirian dan bersedia mengadakan perbincangan dengan wakil-wakil UMNO dan Sultan-sultan bagi mewujudkan satu kerajaan persekutuan baru. Rundingan ini berlangsung hingga 21 Januari 1948 apabila Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu ditandatangani oleh Raja-raja Melayu dengan wakil kerajaan British yang mengembalikan semula kuasa-kuasa dan kedaulatan Sultan-sultan. Secara rasmi Persekutuan Tanah Melayu dilahirkan pada 1 Februari 1948.
Kerajaan Persekutuan Tanah Malayu ditadbir oleh Pesuruhjaya Tinggi dan dibantu oleh beberapa ahli Majlis Mesyuarat Kerja Persekutuan termasuk Yang Di Pertua UMNO, Dato Onn bin Jaafar yang telah diberi tanggunjawab sebagai Ahli (Member) Hal Ehwal Dalam Negeri. Semasa memegang jawatan itu, Dato Onn telah menubuhkan Lembaga Kemajuan Kampung dan Perusahaan atau Rural and Industrial Development Authority (RIDA) yang bertujuan membantu orang-orang Melayu mencebur dalam bidang perusahaan. Pemerintahan di peringkat Negeri pula adalah di bawah kuasa Menteri Besar dibantu oleh Penasihat British.
Pada bulan Jun 1948 pengganas dari parti Komunis Malaya telah melakukan pembunuhan liar dan pembinasaan terhadap harta awam dan persendirian menyebabkan Kerajaan Persekutuan mengisytihar Darurat pada 16 Jun 1948. Bagi menghadapi ancaman komunis ini, UMNO telah menggembelingkan tenaga orang Melayu lelaki dan perempuan supaya menyertai pasukan bersenjata termasuk polis khas dan pengawal kampong.
Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu mengandungi peruntukan berkenaan pilihanraya umum bagi membolehkan rakyat memilih wakil-wakil mereka ke Dewan Perundangan dan seterusnya memerintah sendiri sebagai negara merdeka.
Langkah pertama yang dilakukan oleh UMNO adalah berkerjasama dengan Persatuan Cina Malaya (MCA) bagi merebut kerusi pilihanraya majlis tempatan, iaitu Majlis Munisipal Kuala Lumpur pada tahun 1951. Kerjasama ini telah membawa kejayaan cermerlang dan dengan sokongan yang diberi kemudian oleh Kongres India Malaya (MIC) maka satu gabungan parti yang diberi nama Perikatan (Alliance) telah ditubuh bagi menghadapi pilihanraya umum yang pertama pada 27 Julai 1955 yang berkesudahan dengan Parti Perikatan memenangi 51 daripada 52 kerusi bagi Majlis Perundangan Persekutuan. Yang diPertua UMNO, Tunku Abdul Rahman Putra telah dilantik menjadi Ketua Menteri dan Menterinya terdiri dari wakil rakyat yang dipilih dan juga pegawai pentadbir British yang dilantik oleh Pesuruhjaya Tinggi.
Dengan kejayaan cermerlang yang dicapai oleh Parti Perikatan, dalam pilihanraya 1955, UMNO terus berazam untuk mendapatkan kemerdekaan penuh. Rundingan demi rundingan telah diadakan di London di antara wakil-wakil Perikatan yang diketuai oleh Yang DiPertua UMNO, Tunku Abdul Rahman Putra, wakil-wakil Raja-raja Melayu dan wakil-wakil Kerajaan British dan akhirnya persetujuan telah tercapai bagi kemerdekaan Tanah Melayu sebagai Negara yang merdeka dan berdaulat mulai pada 31 Ogos 1957.
Pada 27 Mei 1961 Tunku telah mencadangkan supaya ditubuhkan Melayu Raya dengan merangkumi, Borneo Utara (Sabah), Brunei, Sarawak dan Singapura dan konsep ini diterima baik oleh hampir semua pihak. Suruhanjaya peninjau (Cobbold Commission) dan penyiasat dari Bangsa-bangsa Bersatu telah membuat laporan positif dan setelah diadakan rundingan dengan pihak-pihak yang terlibat, maka Negara Malaysia yang terdiri dari Persekutuan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura wujud dengan rasminya pada 16 September 1963. Singapura keluar dari Malaysia hamper dua tahun kemudian dan menjadi sebuah Rupublik pada 9 Ogos 1965.Sebagai Negara merdeka dan berdaulat, UMNO menjadi tulang belakang dalam Kerajaan Perikatan dan kemudiannya Barisan Nasional, dan tidak putus-putus bergerak untuk mengisi makna kemerdekaan.
Usaha membangunkan negara dalam semua bidang dimulakan dengan wujudnya Rancangan Pembangunan Jangkapanjang dan Rancangan pembangunan bagi tiap-tiap lima tahun bermula dengan Rancangan Malaya Pertama (1956-60) hinggalah Rancangan Malaysia Ke-7 bagi 1996-2000.
Tujuan utama Rancangan pembangunan negara adalah, di antara lain, meningkatkan taraf politik dan sosio-ekonomi rakyat, menentukan kesalamatan rakyat dari ancaman musuh baik dari dalam atau luar negari, memperkembangkan ekonomi negara dan menyediakan prasarana yang berkesan.
Pilihanraya umum bagi memilih wakil rakyat untuk Dewan Perundangan Persekutuan telah diadakan pada tahun 1955 dan untuk Dewan Rakyat pada tahun 1959, 1964, 1969, 1974, 1978, 1982, 1986, 1990 dan 1995.
Pilihanraya juga diadakan bagi memilih ahli untuk Dewan-dewan Undangan Negeri.
Parti Perikatan dan kemudiannya Barisan Nasional telah menang dengan cemerlang setiap kali diadakan pilihanraya Persekutuan dan berjaya memegang teraju pemerintahan berturut-turut semenjak 195Parti Perikatan dan kemudiannya Barisan Nasional telah menang dengan cermerlang setiap kali diadakan pilihanraya Persekutuan dan berjaya memegang teraju pemerintahan berturut-turut semenjak 1955. Kejayaan ini adalah disebabkan oleh keazaman pimpinan dan anggota UMNO dan sokongan rakyat jelata umumnya terhadap dasar dan program yang disediakan oleh UMNO dan rakan-rakannya.
Ahli-ahli UMNO sebagai pengamal dan penyokong demokrasi, memilih pemimpin mereka di peringkat Cawangan, Bahagian dan Majlis Tertinggi dan persidangan perhimpunan agong juga diadakan tiap-tiap tahun bagi membolehkan ahli-ahli mengetahui perjalanan parti, menentukan dasar-dasar dan mengesan pembangunan negara.

Pentadbiran

Bendera UMNO
Bahawa Bendera UMNO telah diterima pada 29hb. Jun 1946 dalam Mesyuarat Agung UMNO yang kedua di Dewan Bandaran Ipoh, Perak.
Di dalam Mesyuarat tersebut seramai 35 Persatuan dan Kesatuan Melayu telah membincang berkenaan bentuk Bendera UMNO.
Setelah membincangkan dengan panjang lebar mesyuarat bersetuju bentuk Bendera UMNO ialah:
“Merah Putih bulatan kunung dan di dalamnya suatu keris hujau terhunus”

Cogankata UMNO
Hidup Melayu
Merdeka
Bersatu Bersetia Berkhidmat

Logo UMNO
Erti lembing ini adalah daripada ringkasan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu. Dalam setiap huruf diberi makna berikut:
Pa - Pertubuhan
Kaf - Kebangsaan
Mim - Melayu
Ba-ra - Bersatu
Huruf ini disusun secara vertical (dari atas ke bawah) dan digrafik secara simitrikal.

Lagu UMNO

BERSATU, BERSETIA, BERKHIDMAT
Bersatu Kita BersatDengan Setia Berganding Bahu
Jiwa Teguh Berpadu
Kita Rumpun Melayu
Bersama Kita Bersama
Mendukung Hasrat Semua
Berjasa Pada Bangsa, Agama Dan Negara
Lambang Kita Yang Gagah
Dipandang Mulia Dan Indah
Bersatu, Bersetia, Berkhidmat, Cogankatanya
UMNO Terus Mara Untuk Rakyat Malaysia.

Sejarah Penubuhan UMNO

Satu himpunan besar-besaran yang dikenali sebagai Kongres Melayu Se-Malaya pertama telah diatur oleh Persatuan Melayu Selangor di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baharu, Kuala Lumpur pada 1 hingga 4 Mac 1946 dan seramai 41 Pertubuhan-pertubuhan Melayu telah menghantar wakil masing-masing.
Dato’ Onn bin Jaafar dari Persatuan Melayu Johor telah dipilih sebagai Pengerusi Kongres. Hampir semua wakil pertubuhan telah berucap termasuk dua orang wakil kanak-kanak.
Tiga usul telah dululuskan oleh Kongres seperti berikut:1. Menubuhkan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu2. Membantah pertubuhan Malayan Union 3. Mengadakan Derma Pelajaran Kebangsaan Melayu
Satu jawatankuasa yang terdiri dari Dato’ Onn Jaafar, Dato’ Panglima Bukit Gantang, Dato’ Nik Ahmad Kamil, Dato’ Hamzah Abdullah dan Encik Zainal Abidin Ahmad (Zaaba) telah dipilih untuk menyediakan draf Piagam atau Perlembagaan UMNO untuk dibentangkan dan diterima oleh Kongres Melayu Se-Malaya kelak.
Walaupun ada bangkangan yang hebat dari kaum Melayu, Kerajaan British tetap meneruskan rancangan mereka dan pada 1 April 1946 mengwujudkan Malayan Union. Orang-orang Melayu dan pertubuhan-pertubuhan Melayu terus membangkang dan tidak memberi sebarang sokongan terhadap Malayan Union. Pada 11 Mei 1946 di Istana Besar Johor Bahru. Kongres Melayu Se-Malaya ketiga dan perhimpunan agung pertama Pertubuhan Melayu Kebangsaan Melayu Bersatu atau PEKEMBAR (UMNO) telah berlangsung dan Piagam atau Perlembagaan (UMNO) telah diterima dan diluluskan oleh para peserta dan UMNO pun lahirlah secara rasmi.


PEMUDA UMNO MALAYSIA

Pergerakan Pemuda lahir tiga tahun setelah tertubuhnya UMNO. Pada mulanya ia dikenali sebagai Perikatan Pemuda UMNO dan penubuhannya berlaku di perhimpunan agung UMNO yang bersidang di Butterworth pada 26 Ogos 1946. Kapten Hussein Onn telah dipilih mengetuainya.
Sejak itu lahirlah satu tenaga penggerak dan pendorong yang gigih dalam UMNO dan bertindak sebagai tulang belakang dan sayap kanan kepada seluruh perjuangan UMNO hingga sekarang.
Pemuda menjadi pelapor kepada banyak kejayaan yang telah dicapai oleh UMNO dan ramai pemimpin Pemuda kemudiannya mengambil alih tugas-tugas penting dalam kerajaan.
Apabila Hussein Onn dilantik sebagai Setiausaha Agung UMNO, Dato’ Abdul Razak bin Hussein telah dipilih memegang teraju pergerakan Pemuda. Namun Abdul Razak merasakan bahawa lebih wajar baginya melibatkan diri dalam badan induk parti. Persefahaman telah tercapai bagi dia bertukar tempat dengan Sardon Jubir
Perjuangan UMNO pada masa itu ialah membebaskan Negara dari penjajah British dan Pemuda menjadi penggerak penting. Sardon berjaya mengubahkan cogankata UMNO dari HIDUP MELAYU kepada MERDEKA bagi meniupkan bara kemerdekaan ke dalam diri setiap pemuda dan memilih 31 Ogos 1957 sebagai tarikh kemerdekaan.
Selepas 13 tahun, pimpinan Pergerakan Pemuda beralih kepada Senu Abdul Rahman pada 1964. Semangat Pemuda Tahan Lasak dan buku Rovolusi Mental diperkenalkan bagi mengubah pemikiran orang Melayu.
Harun Idris mengambil alih pimpinan Pemuda pada 1971 dan dibawahnya Pemuda membawa imej sebagai kumpulan pendesak. Ketika itu Dasar Ekonomi Baru sedang diperkenalkan oleh kerajaan dan Pemuda memainkan peranan penting bagi melaksanakannya.
Syed Jaafar Albar muncul sebagai Ketua Pemuda pada 1976 dan berupaya merapatkan semua pengerakan itu kepada parti induk. “Singa UMNO” ini hanya sempat memegang teraju selama enam bulan apabila dia meninggal dunia.
Pimpinan Pemuda UMNO jatuh ke tangan Suhaimi Kamaruddin pada 1977 dan beliau cuba menukar slogan perjuangan kepada “Pemuda Era Bertindak”.
Suhaimi tidak berupaya mempertahankan jawatannya di pemilihan pada 1982. Tempatnya diambil alih oleh Anwar Ibrahim, seorang bekas pemimpin pelajar dan belia yang popular dan berkesan.
Di bawah Anwar Pengerakan Pemuda kembali bersemangat dan beliau berjaya membawa pemuda seiring dengan perubahan pemerintahan ke era baru. Beliau menggesa supaya Pemuda menjadi “Angkatan Penggerak Zaman” dengan mengutarakan agenda membasmi resuah dan kemiskinan serta mempunyai memberi peluang hak bersuara dan menyampaikan kritikan.
Anwar tidak mempertahankan jawatan Ketua Pemuda pada 1987 sebaliknya bertanding dengan jayanya bagi kerusi Naib Presiden. Gagasan Anwar diteruskan oleh Najib Tun Razak yang juga mengadakan perhubungan rapat dengan semua peringkat kepimpinan dengan menganjurkan kursus “Siri Perdana”.
Selepas Najib, pimpinan beralih kepada Abdul Rahim Tamby Chik. Belum genap setahun mengetuai Pergerakan Pemuda, Rahim terpaksa berundur buat seketika bagi menyelesaikan masalah peribadinya dan jawatan Ketua telah dipangku oleh Nazri Aziz. Rahim kemudiannya kembali meminpin Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia pada Januari 1996.


WANITA UMNO MALAYSIA

Penglibatan wanita dalam politik bermula bersama gerakan semangat kebangsaan untuk memerdekakan tanah air. Cadangan penubuhan Malayan Union pada 1945 bagi menamatkan hak orang-orang Melayu telah membangkitkan penentangan secara besar-besaran.
Wanita yang sebelum ini lebih tertumpu pada pertubuhan berunsurkan kebajikan telah turut terlibat buat pertama kalinya secara terbuka dalam gerakan politik tanah air.
Dalam Mesyuarat Agung UMNO pada tahun itu, tiga tokoh wanita UMNO iaitu Putih Mariah Ibrahim Rashid dari Persatuan Melayu Perak, Zainab Abdul Rahman dari Persatuan Melayu Seberang Perai dan Salena Ali dari Persatuan Melayu Selangor telah bertemu bagi membincangkan mengenai penubuhan sebuah pergerakan wanita Melayu.
Ekoran pertemuan itu Jabatan Kaum Ibu telah ditubuhkan pada 1947 dengan Putih Mariah dilantik sebagai ketuanya yang pertama. Setahun kemudian Jabatan Kaum Ibu diperbesarkan menjadi Pejabat Setiausaha.
Pada 25 Ogos 1949, bertempat di Butterworth, UMNO telah mengadakan Perhimpunan Agung Wakil Wanita dari bahagian-bahagian UMNO bagi menubuhkan satu badan yang dinamakan Ahli-ahli Perempuan UMNO (APU) dengan Putih Mariah sebagai ketuanya. Inilah pertubuhan politik wanita pertama wujud di Tanah Melayu.
Setahun kemudian kepimpinan APU diterajui oleh Tan Sri Zainun Sulaiman atau lebih dikenali sebagai Ibu Zain. Di bawah kepimpinannya, APU telah menambah ahli dan jumlah cawangannya.
Beliau telah menjelajah ke seluruh pelusuk tanah air bersama sekeping peta Tanah Melayu dan sehelai bendera UMNO di tangan, untuk memberi penerangan mengenai politik dan kemerdekaan.
Tetapi antara September 1953 hingga Oktober 1954, kepimpinan APU menghadapi masalah apabila Ibu Zain terpaksa mengundurkan diri atas sebab-sebab kesihatan.
Masalah timbul apabila Ibu Zain mencadangkan supaya Raja Perempuan Perlis Tengku Budriah mengambil alih sebagai ketua, tetapi beliau hanya bersetuju mengambil alih selama tiga bulan sahaja.
Oleh sebab itu, Jawatankuasa Kerja Agung UMNO telah mengambil keputusan melantik Khadijah Sidek menjadi Setiausaha Hal-Ehwal Kaum Ibu UMNO dan Oegawai Penerangan Perempuan.
Kemudiannya, Khadijah dilantik mengetuai Pergerakan itu sehingga 1956 apabila beliau diberhentikan dan diganti oleh Fatimah Hashim sebagai pemangku jawatan itu atas persetujuan Majlis Kerja Tertinggi UMNO.Pada 1956 nama APU ditukar kepada Pergerakan Kaum Ibu UMNO. Fatimah telah dipilih menjadi ketua dalam Perhimpunan Ahung UMNO pada 1957 dan beliau menerajui Pergerakan itu hingga 1972.
Bagi menguji sokongan rakyat pada UMNO, Kerajaan Brtish mencadangkan pilihan raya Majlis Perundangan Persekutuan Pertama diadakan pada 1955. Dalam pilihan raya itu Perikatan telah memenangi 51 daripada 52 kerusi.
Dalam pilihan raya tersebut juga calon wanita tunggal, Halimahton Abdul Majid telah bertanding dan menang. Beliau merupakan Wakil Rakyat wanita pertama.
Kemerdekaan Tanah Melayu membuka lebih banyak peluang kepada wanita. Dari pilihan raya 1959 di mana Ibu Zain dan Fatimah Hashim bertanding kerusi Parlimen dan menang, hinggalah sekarang, bilangan tokoh wanita bertanding dalam pilihan raya bertambah.
Peristiwa 12 Mei 1969 telah turut mempengaruhi corak politik tanah air. Pada Ogos 1971, UMNO mengadakan Persidangan Agung Khas bagi mengatur corak perjuangan UMNO.
Perlembagaan UMNO telah dipinda dan Pergerakan Kaum Ibu telah ditukar namanya kepada Pergerakan Wanita UMNO bagi melambangkan imej dinamik.
Selepas Fatimah mengundurkan diri pada 1972, kepimpinan Pergerakan Wanita UMNO diterajui oleh Aishah Ghani sehingga 1984, apabila dipimpin pula oleh Datuk Seri Rafidah Aziz sehingga sekarang.
Pergerakan Wanita UMNO bertindak sebagai penyokong kuat kepada UMNO dalam sebarang perjuangan bagi mendaulatkan bangsa dan memajukan Negara.
Dalam setiap kali pilihan raya peranan ahli Pergerakan Wanita UMNO sangat besar dalam memenangkan calon-calon Barisan Nasional. Selain itu, ia juga terus mendapat tempat yang sewajarnya di Negara merdeka.
Kemajuan yang dicapai oleh wanita Malaysia sehingga hari ini adalah atas perjuangan Pergerakan Wanita UMNO yang sentiasa bersama arus pembangunan Negara.

Dipetik dari laman web rasmi UMNO Malaysia

SEJARAH UMNO

UMNO hari ini dikenali sebagai parti yang terbesar dan menjadi teras pemerintahan negara dengan jumlah kerusi yang terbanyak dan pemimpin-pemimpinnya berperanan dalam membuat dasar-dasar. Ia adalah antara parti bercorak demokratik yang tertua di negara-negara membangun dan masih kuat kedudukannya setelah melalui berbagai peristiwa dan cabaran. Ia dihormati oleh kawan dan lawan di atas prinsip-prinsip keadilannya, ketegasan dan keupayaannya menjalankan dasar-dasar yang telah dipersetujui. Lahirnya UMNO adalah hasil dari percantuman pertubuhan-pertubuhan Melayu dengan berbagai aliran falsafah dan pendapat tetapi bersetuju mengambil tindakan bersama untuk survival bangsa Melayu. Berhadapan dengan rancangan Malayan Union yang dibawa oleh British selepas Perang Dunia Yang Kedua, pertubuhan-pertubuhan ini dengan sukarelanya membubar diri masing-masing demi membuka jalan kepada sebuah parti politik yang ulung sebagai pernyataan hasrat semua golongan dan lapisan masyarakat Melayu bagi memperjuangkan hak-hak mereka. Di bawah rancangan British, dasar pro-Melayu sebelum Perang akan dirombak sekaligus, dan orang-orang Melayu sebagai penduduk asal negara ini terpaksa bersaing dengan orang-orang mendatang, iaitu suatu kejadian yang tidak diduga sama sekali oleh mereka kerana sepanjang penjajahan British mereka diberi perlindungan dari ancaman golongan-golongan tadi di samping jaminan bahawa ini adalah negeri Melayu yang diperintah bagi pihak Raja-Raja Melayu. Rancangan Malayan Union yang dipaksakan ke atas mereka tanpa sebarang rundingan adalah amat menggemparkan. Jika sebelum ini orang-orang Melayu berpecah-pecah dengan berbagai sentimen kenegerian dan pemandangan yang sempit, sekarang mereka yang mula melihat realiti di depan mereka, telah bangkit menentang rancangan itu. Kebangkitan ini merupakan reaksi yang spontan dengan orang-orang Melayu bersatu hati dan tenaga agar kedudukan mereka terpelihara. Penubuhan UMNO pada 11hb Mei 1946, dengan Dato' Onn bin Jaafar sebagai pemimpinnya yang pertama dapat dikatakan sebagai mengelak orang-orang Melayu di Tanah Melayu dari tenggelam di bawah satu perkembangan politik dan ekonomi yang begitu deras dan menguntungkan golongan-golongan lain yang lebih maju. Nasionalisme Melayu sebelumnya agak malap kerana wujudnya penduduk berbilang kaum sebagai factor penghalang, penekanan oleh penjajah, tendensi masyarakat Melayu untuk berpecah-belah mengikut negeri, ketiadaan kesedaran politik yang meluas serta terdapat kemakmuran ekonomi yang membolehkan kehidupan sederhana kepada sebilangan besar rakyat. Semangat kebangsaan Melayu yang baru meletus secara meluas itu perlu untuk menjaga keutuhan masyarakat yang sejak beberapa lama merupakan penduduk asal kepada kawasan ini. Seluruh penentuan hidup di negara ini sekarang ada hubungan langsung atau tidak langsung dengan nasionalisme Melayu. Tetapi nasionalisme ini bukan suatu yang sempit kerana telah diperluaskan untuk merangkumi lain-lain kaum demi perpaduan dan kestabilan negara. Di peringkat awal pergerakan kearah kemerdekaan adalah disedari tidak mungkin bagi sesuatu kaum memaksakan politiknya dan menolak kenyataan hadirnya kaum-kaum lain yang juga berhak untuk menyertai dalam politik negara. Usaha-usaha dibuat bagi mengeratkan kerjasama di antara kaum sehingga tertubuhnya Perikatan UMNO-MCA pada awal 1952 bila kedua-dua parti ini bertanding dalam pilihanraya Perbandaran Kuala Lumpur. Kemenangan telah diperolehi oleh kedua-duanya dan ini membawa kepada kerjasama yang lebih jauh menjelang kemerdekaan. Pada tahun 1955 bagi menghadapi pilihanraya umum yang pertama, Perikatan UMNO-MCA-MIC telah diwujudkan sebagai lambang permuafakatan dan kerjasama yang rapat antara kaum-kaum. Dengan pimpinan Tunku Abdul Rahman Putra, kemenangannya yang cemerlang telah diperolehi. Maka jelaslah kepada pihak penjajah bahawa kaum-kaum di Tanah Melayu adalah bersatu hati dan boleh merdeka.


Dipetik dari laman web rasmi UMNO Malaysia

Ahad, 4 Mei 2008

MINIT MESYUARAT PERSIDANGAN UMNO CAW. DATARAN BDR. BARU SG. BULUH BAHAGIAN SUBANG BAGI TAHUN 2007 YANG KELIMA




PERTUBUHAN KEBANGSAAN MELAYU BERSATU
(UNITED MALAYS NATIONAL ORGANISATION)
UMNO CAWANGAN DATARAN BANDAR BARU SG. BULOH
BAHAGIAN SUBANG




PERSIDANGAN TAHUNAN
YANG KE ENAM 2008


UMNO CAWANGAN DATARAN BANDAR BARU SUNGAI BULUH


Rujukan : Sdra Saiful Niza bin Nordan
Tel. : 012-6144667
E-mail :
apul_5681@yahoo.com






ATUCARA PERSIDANGAN TAHUNAN UMNO
CAWANGAN BAGI TAHUN 2008


1. Bacaan Doa

2. Nyanyian Lagu UMNO

3. Ucapan Ketua Cawangan

4. Ucapan Wakil UMNO Dari Bahagian Subang

5. Pengerusi Tetap menandatangani surat sumpah dan membaca surat sumpah

6. Pengumuman jumlah Ahli Cawangan yang berbayar yuran dan bilangan ahli
yang hadir persidangan.

7. Membentangkan kertas-kertas persidangan
7.1 Minit Persidangan Cawangan tahun 2007
7.2 Laporan Tahunan Cawangan tahun 2007
7.3 Penyata kewangan berakhir pada 31 December 2007

8. Memilih wakil-wakil Cawangan ke Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian
Subang Tahun 2008 (Ketua Cawangan cecara automatic menjadi Wakil dan yang lain dipilih sebanyak satu

orang bagi tiap-tiap 50 orang ahli yang menjelaskan yuran)

9. Mencadangkan nama-nama Ahli Jawatankuasa Bahagian dan 7 nama Perwakilan UMNO Bahagian Subang

Ke Perhimpunan Agung UMNO Malaysia 2008.

10. Membahaskan usul-usul (Jika ada)

11. Ucapan penangguhan

12. Persidangan di tangguhkan.



MINIT MESYUARAT PERSIDANGAN
UMNO CAW. DATARAN BDR. BARU SG. BULUH
BAHAGIAN SUBANG BAGI TAHUN 2007 YANG KELIMA



Tempat : Balai Raya Fasa 1A,
Bandar Baru, Sg. Buluh
Tarikh : 27 May 2007
Masa : Ahad 8.00pm
Wakil Bahagian : Nor Saawaludin bin Mohd Nor

Jumlah Ahli : 153 Orang
Jumlah Ahli berbayar : 153 Orang
Jumlah Kehadiran : 40 Orang
Pengerusi Persidangan : Sdra Suhaimy bin Ramli

BACAAN DOA

Perasmian persidangan bermula dengan bacaan doa yang dismpaikan oleh Tuan Hj Sarikei Othman (JP)

LAGU UMNO

Lagu UMNO 'Bersatu - Bersedia - Berkhidmat' dinyanyikan oleh semua ahli yang hadir bersama-sama.

MAJLIS PERASMIAN

1. Ucapan Pengerusi Persidangan.

Mengucapkan terima kasih kerana diberi kepaercayaan mempengerusikan persidangan dan berharap dapat menjalankan persidangan dengan lancar dan teratur.

2. Pengumuman Pengerusi Persidangan.

Pengerusi persidangan telah mengumumkan jumlah ahli Cawangan:
Jumlah Ahli : 153 Orang
Jumlah Ahli berbayar : 153 Orang
Jumlah Kehadiran : 40 Orang

3. Ucapan Ketua Cawangan.

Sdra Sutan dalam ucapannya menegaskan kepada ahli-ahli cawangan agar memberi sokongan penuh kepada pucuk pimpinan bahagian, dan beliau juga meminta kepada ahli-ahli yang hadir anggaplah persidangan ini sebagai hari keluarga untuk mengeratkan siratulrahim sesama kita.

4. Ucapan Wakil Bahagian Subang.

Wakil Bahagian Subang selaku pegawai khas Y.B Dato' Hj Mohd Moktar Hj Ahmad Dahlan telah membacakan teks ucapan Y.B yang diantaranya mengucapkan tahniah kepada Cawangan Dataran Bandar Baru Sungai Buluh kerana berjaya mengadakan mesyuarat dan mengamalkan silaturahim diantara ahli-ahli.

MEMBENTANGKAN PENYATA UMNO CAWANGAN

Sdra Saiful Niza Nordan selaku Setiausa Cawangan telah membentangkan Penyata Umno Cawangan Dataran Bandar Baru Sungai Buluh bagi tahun 2007.

MEMBENTANGKAN PENYATA KEWANGAN UMNO CAWANGAN

Sdra Saiful Niza Nordan selaku Setiausa Cawangan telah membentangkan Penyata Umno Cawangan Dataran Bandar Baru Sungai Buluh bagi tahun 2007 berakhir 31 December.

MEMILIH WAKIL-WAKIL CAWANGAN KE PERSIDANGAN PEWAKILAN UMNO BAHAGIAN

1. Tuan Hj Sarikei Othman
2. Puan Hamidah Mohammad Ali

Telah dilantik dengan sebulat suara ahli-ahli cawangan.

MEMBAHASKAN USUL-USUL (Jika Ada)

Tiada

PERSIDANGAN DITANGGUHKAN DAN UCAPAN TERIMA KASIH DARI PENGERUSI PERSIDANGAN

Tepat jam 10.40pm, bertarikh 27 May 2007 hari ahad

NOTE :

Masa dan tempat untuk persidangan tahunan bagi kali ke enam akan di beritahu dalam bulan Julai 2008 ini



Ketua Wanita Cawangan


Pn Hamidah Muhammad Ali

Ketua Pemuda Cawangan


Sdra Saiful Niza Bin Nordan

Ketua Cawangan


Sdra Muhammed Sutan bin Ibrahim